Sunday, 9 February 2020

Permit pekerja asing: Hanya permohonan onlinehttp://wa.me/+601114369757

Jabatan Imigresen hanya memproses permohonan secara atas talian bagi permit pekerja asing sebagai langkah berani menghapuskan peranan ejen dan orang tengah, berkuat kuasa pada 1 April lalu. Dalam laporan The Star, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata proses itu akan menangani masalah ejen mengenakan caj berlebihan kepada majikan atau menipu pekerja asing. Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, Zahid berkata ramai pekerja asing ditipu ejen menyebabkan mereka terkandas di negara ini selepas membayar sejumlah wang untuk memasuki negara ini. “Salah mengambil kesempatan terhadap mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk mencari nafkah di negara asing. 

“Dengan adanya polisi ini, kita berharap tidak ada lagi kes seumpama itu,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
The Star melaporkan, Zahid berkata peraturan baru itu akan memendekkan tempoh kelulusan dan memudahkan data direkodkan.
Sistem pendaftaran atas talian yang menggantikan permohonan secara dokumen itu disediakan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing dalam semua sektor kecuali pembantu rumah, menurut laporan itu.

whttp://wa.me/+601114369757

Saturday, 8 February 2020

Kadar biaya Levi

Bagi yang masih bertanya-tanya mengenai Biaya pembuatan permit , anda Harus tahu dulu kadar Levi yang merupakan biaya resmi dari kerajaan MALAYSIA .. selin dari padaitu adalah cas bayaran untuk pengurusan permit oleh agen yang mengurus permit.

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT

PROSEDUR PERMOHONAN 
 Fasa 1

 (Sebelum Ketibaan) - Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) daripada Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia. - Permohonan VDR boleh dikemukakan secara manual atau secara atas talian melalui aplikasi e-services. -
 Permohonan VDR pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut: Dokumen Kelulusan ISC Borang Permohonan VDR Surat asal Kelulusan Bersyarat Kementerian Dalam Negeri (kelulusan kuota) Resit asal bayaran levi Borang IM.12 dan IM.38 Jaminan sekuriti dalam bentuk Wang cagaran/ jaminan insuran/ jaminan bank (jaminan insuran mempunyai sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan yang dimatikan setem) Salinan pasport pekerja Gambar terkini pekerja bersaiz pasport Laporan pemeriksaan kesihatan dari negara sumber (mempunyai sah laku 3 bulan dari tarikh dikeluarkan) Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) Slip pengesahan Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan - Pekerja asing hendaklah berada di negara asal sementara menunggu kelulusan VDR daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Catatan: permohonan pekerja asing untuk bekerja di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

 Fasa 2 

(Selepas ketibaan) - pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk ke negara ini melalui pintu-pintu masuk yang diwartakan dengan menggunakan VDR yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal. - Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing diambil dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
 Bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) - PL(KS), majikan diberi tempoh 30 hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA.
 PL(KS) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar. - Pengeluaran PL(KS) hendaklah dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR pekerja asing tersebut. -
LANJUTAN PLKS
Tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing adalah selama 12 bulan. Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) boleh dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat sah laku PL(KS). - Majikan perlu memastikan supaya permohonan lanjutan dikemukakan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku PL(KS). Permohonan lanjutan PL(KS) selepas tempoh sah laku adalah tertakluk kepada pertimbangan kes Tinggal Lebih Masa. Kes Tinggal Lebih Masa yang tidak dapat dipertimbangkan akan dirujuk kepada Bahagian Penguatkuasa bagi tujuan penguatkuasaan.
Permohonan lanjutan tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut: Pasport asal pekerja yang mempunyai sah laku melebihi 12 bulan Surat permohonan lanjutan PL(KS) daripada majikan/ wakil syarikat Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat (SSM syarikat/ Borang 49/ Borang B&D/ Kad Wakil Syarikat/ Borang Wakil Syarikat yang telah diendoskan/ salinan kad pengenalan majikan) Jaminan sekuriti dalam bentuk Jaminan bank/ jaminan insuran/ wang cagaran (tempoh sah laku jaminan bank/ jaminan insuran adalah sekurang-kurangnya 18 bulan) Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan Slip pengesahan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA (lanjutan tahun ke-2 dan ke-3 sahaja) L

TEMPOH PENGGAJIAN DAN PENGHANTARAN PULANG
 Tempoh penggajian pekerja asing yang dibenarkan untuk proses lanjutan PL(KS) adalah sehingga 10 tahun sahaja. Walau bagaimanapun, tempoh penggajian pekerja asing yang berdaftar di bawah program 6P adalah terhad kepada 3 tahun sahaja. - Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing yang tamat tempoh perkhidmatan dihantar pulang ke negara asal dengan memohon Memo Periksa Keluar. Wang cagaran/ jaminan bank hanya boleh dituntut sekiranya pekerja disahkan keluar secara teratur dengan Memo Periksa Keluar.

 BAYARAN LANJUTAN PL(KS) -
 Bayaran yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Imigresen bagi setiap permohonan lanjutan PL(KS) adalah berdasarkan kepada Jadual 1 dan Jadual 2 seperti berikut:
SEKTOR KADAR LEVI (Semenanjung Malaysia) KADAR LEVI (Sabah/ Sarawak) PL(KS) PROSES VISA Perkilangan RM1,850.00 RM1,010.00 RM60.00 RM125.00 Berdasarkan warganegara Pembinaan RM1,850.00 RM1,010.00 RM60.00 RM125.00 Perladangan RM640.00 RM590.00 RM60.00 RM125.00 Pertanian RM640.00 RM410.00 RM60.00 RM125.00 Perkhidmatan RM1,850.00 RM1,490.00 RM60.00 RM125.00 Perkhidmatan (Pulau Peranginan) RM1,850.00 RM1,010.00 RM60.00 RM125.00

Jadual 1 : Kadar Levi, PL(KS) dan proses mengikut sektor pekerja asing WARGANEGARA VISA (RM) BON JAMINAN (RM) Indonesia 15.00 250.00 Bangladesh 20.00 500.00 Pakistan 20.00 750.00 Myanmar 19.50 750.00 India 50.00 750.00 Filipina 36.00 1,000.00 Thailand Gratis 250.00 Kemboja 20.00 250.00 Nepal 20.00 750.00 Vietnam 13.00 1,500.00 Sri Lanka 15.00 750.00

 Jadual 2 : Kadar Visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara - Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai dan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” dan bagi negeri-negeri atas nama “Pengarah Imigresen Negeri” berkenaan. (Contoh : Pengarah Imigresen Negeri Selangor) -
 Pekerja asing yang memegang PL(KS) adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
  •  Pekerja tidak layak membawa masuk keluarga untuk tinggal di negara ini; Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai barisan hadapan (frontliner) Pekerja tidak dibenarkan bertukar majikan atau bertukar sektor pekerjaan; 
  • Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan warganagera Malaysia atau warganegara asing sepanjang memegang PL(KS); 
PEKERJA ASING MELARIKAN DIRI
 
Pekerja asing dikategorikan lari daripada majikan dalam keadaan berikut:  Pekerja meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri; dan Pekerja tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal - Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan pekerja lari dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut: Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat Salinan pasport pekerja Borang laporan pekerja asing lari Report polis - Pekerja asing yang dilaporkan lari akan disenarai hitamkan - Jabatan Imigresen akan menyita wang cagaran/ jaminan bank/ jaminan insuran berdasarkan kadar mengikut warganegara pekerja asing. - KAD AKUAN DIRI PEKERJA ASING BERWARNA MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN (i-KAD) - Pekerja asing yang dikeluarkan PL(KS) turut dibekalkan dengan i-Kad. Tempoh sah laku i-Kad adalah berdasarkan tempoh sah laku PL(KS). - Pengeluaran i-Kad pada setiap kali pengeluaran PL(KS) tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada majikan. i-Kad yang telah dicetak akan dihantar terus ke alamat majikan/ syarikat melalui kontraktor yang dilantik. - Pengeluaran i-Kad mengikut 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan di Negara ini dan warna adalah seperti berikut: SEKTOR WARNA Pertanian Hijau Perladangan Jingga Pembinaan Kelabu Perkilangan Merah hati Perkhidmatan Kuning Pembantu Rumah Asing Coklat

Friday, 7 February 2020

TATA CARA PERMOHONAN PEKERJA ASING

Setiap permohonan yang dibuat melalui sistem ePPAx dan akan disiasat oleh JTK bagi memastikan perkara-perkara berikut:- i. kesahihah kewujudan majikan; ii. pengesahan maklumat permohonan; iii. usaha mendapatkan pekerja tempatan; iv. pematuhan undang-undang perburuhan; v. pematuhan dalam menyediakan kemudahan perumahan pekerja; dan vi. kelayakan untuk menggajikan pekerja asing JTKSM akan mengeluarkan Perakuan JTKSM selepas berpuas hati majikan layak menggajikan pekerja asing. Selepas perakuan ini dikeluarkan, majikan hendaklah menandatangani Aku Janji Majikan untuk mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Seterusnya majikan akan menghadiri temuduga bersama Agensi Kawal Selia (AKS) di Pusat Kelulusan Setempat (OSC), KDN. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh panel di OSC, KDN.

carta aliran pertukaran majikan

Dasar kerajaan membenarkan pekerja asing ditukarkan kepada majikan lain sekiranya majikan asal menghadapi masalah untuk terus menggajikan mereka dengan syarat majikan yang baru hendaklah majikan dalam sektor yang sama. Antara sebab permohonan pertukaran majikan di buat adalah : • Penggabungan syarikat • Penutupan operasi • Pertukaran struktur/pemilik syarikat • Pertukaran nama/status syarikat

borang permohonan oleh majikan

borang permohonan VISA