PROSEDUR PERMOHONAN
Fasa 1
(Sebelum Ketibaan)
- Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) daripada Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia.
- Permohonan VDR boleh dikemukakan secara manual atau secara atas talian melalui aplikasi e-services.
-
Permohonan VDR pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut:
Dokumen Kelulusan ISC
Borang Permohonan VDR
Surat asal Kelulusan Bersyarat Kementerian Dalam Negeri (kelulusan kuota)
Resit asal bayaran levi
Borang IM.12 dan IM.38
Jaminan sekuriti dalam bentuk Wang cagaran/ jaminan insuran/ jaminan bank (jaminan insuran mempunyai sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan yang dimatikan setem)
Salinan pasport pekerja
Gambar terkini pekerja bersaiz pasport
Laporan pemeriksaan kesihatan dari negara sumber (mempunyai sah laku 3 bulan dari tarikh dikeluarkan)
Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)
Slip pengesahan Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan
- Pekerja asing hendaklah berada di negara asal sementara menunggu kelulusan VDR daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
Catatan: permohonan pekerja asing untuk bekerja di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.
Fasa 2
(Selepas ketibaan)
- pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk ke negara ini melalui pintu-pintu masuk yang diwartakan dengan menggunakan VDR yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal.
- Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing diambil dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) - PL(KS), majikan diberi tempoh 30 hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA.
PL(KS) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar. - Pengeluaran PL(KS) hendaklah dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR pekerja asing tersebut. -
LANJUTAN PLKS
Tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing adalah selama 12 bulan. Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) boleh dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat sah laku PL(KS). - Majikan perlu memastikan supaya permohonan lanjutan dikemukakan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku PL(KS). Permohonan lanjutan PL(KS) selepas tempoh sah laku adalah tertakluk kepada pertimbangan kes Tinggal Lebih Masa. Kes Tinggal Lebih Masa yang tidak dapat dipertimbangkan akan dirujuk kepada Bahagian Penguatkuasa bagi tujuan penguatkuasaan.
Permohonan lanjutan tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut: Pasport asal pekerja yang mempunyai sah laku melebihi 12 bulan Surat permohonan lanjutan PL(KS) daripada majikan/ wakil syarikat Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat (SSM syarikat/ Borang 49/ Borang B&D/ Kad Wakil Syarikat/ Borang Wakil Syarikat yang telah diendoskan/ salinan kad pengenalan majikan) Jaminan sekuriti dalam bentuk Jaminan bank/ jaminan insuran/ wang cagaran (tempoh sah laku jaminan bank/ jaminan insuran adalah sekurang-kurangnya 18 bulan) Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan Slip pengesahan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA (lanjutan tahun ke-2 dan ke-3 sahaja) L
TEMPOH PENGGAJIAN DAN PENGHANTARAN PULANG
Tempoh penggajian pekerja asing yang dibenarkan untuk proses lanjutan PL(KS) adalah sehingga 10 tahun sahaja. Walau bagaimanapun, tempoh penggajian pekerja asing yang berdaftar di bawah program 6P adalah terhad kepada 3 tahun sahaja. - Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing yang tamat tempoh perkhidmatan dihantar pulang ke negara asal dengan memohon Memo Periksa Keluar. Wang cagaran/ jaminan bank hanya boleh dituntut sekiranya pekerja disahkan keluar secara teratur dengan Memo Periksa Keluar.
BAYARAN LANJUTAN PL(KS) -
Bayaran yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Imigresen bagi setiap permohonan lanjutan PL(KS) adalah berdasarkan kepada Jadual 1 dan Jadual 2 seperti berikut:

SEKTOR
KADAR LEVI (Semenanjung Malaysia)
KADAR LEVI (Sabah/ Sarawak)
PL(KS)
PROSES
VISA
Perkilangan
RM1,850.00
RM1,010.00
RM60.00
RM125.00
Berdasarkan warganegara
Pembinaan
RM1,850.00
RM1,010.00
RM60.00
RM125.00
Perladangan
RM640.00
RM590.00
RM60.00
RM125.00
Pertanian
RM640.00
RM410.00
RM60.00
RM125.00
Perkhidmatan
RM1,850.00
RM1,490.00
RM60.00
RM125.00
Perkhidmatan (Pulau Peranginan)
RM1,850.00
RM1,010.00
RM60.00
RM125.00
Jadual 1 : Kadar Levi, PL(KS) dan proses mengikut sektor pekerja asing WARGANEGARA VISA (RM) BON JAMINAN (RM) Indonesia 15.00 250.00 Bangladesh 20.00 500.00 Pakistan 20.00 750.00 Myanmar 19.50 750.00 India 50.00 750.00 Filipina 36.00 1,000.00 Thailand Gratis 250.00 Kemboja 20.00 250.00 Nepal 20.00 750.00 Vietnam 13.00 1,500.00 Sri Lanka 15.00 750.00
Jadual 2 : Kadar Visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara - Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai dan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” dan bagi negeri-negeri atas nama “Pengarah Imigresen Negeri” berkenaan. (Contoh : Pengarah Imigresen Negeri Selangor) -
Pekerja asing yang memegang PL(KS) adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

- Pekerja tidak layak membawa masuk keluarga untuk tinggal di negara ini; Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai barisan hadapan (frontliner) Pekerja tidak dibenarkan bertukar majikan atau bertukar sektor pekerjaan;
- Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan warganagera Malaysia atau warganegara asing sepanjang memegang PL(KS);
Pekerja asing dikategorikan lari daripada majikan dalam keadaan berikut: Pekerja meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri; dan
Pekerja tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal
- Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan pekerja lari dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat
Salinan pasport pekerja
Borang laporan pekerja asing lari
Report polis
-
Pekerja asing yang dilaporkan lari akan disenarai hitamkan
- Jabatan Imigresen akan menyita wang cagaran/ jaminan bank/ jaminan insuran berdasarkan kadar mengikut warganegara pekerja asing.
-
KAD AKUAN DIRI PEKERJA ASING BERWARNA MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN (i-KAD)
- Pekerja asing yang dikeluarkan PL(KS) turut dibekalkan dengan i-Kad. Tempoh sah laku i-Kad adalah berdasarkan tempoh sah laku PL(KS).
- Pengeluaran i-Kad pada setiap kali pengeluaran PL(KS) tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada majikan. i-Kad yang telah dicetak akan dihantar terus ke alamat majikan/ syarikat melalui kontraktor yang dilantik.
- Pengeluaran i-Kad mengikut 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan di Negara ini dan warna adalah seperti berikut:
SEKTOR
WARNA
Pertanian
Hijau
Perladangan
Jingga
Pembinaan
Kelabu
Perkilangan
Merah hati
Perkhidmatan
Kuning
Pembantu Rumah Asing
Coklat
No comments:
Post a Comment