Friday, 7 February 2020

TATA CARA PERMOHONAN PEKERJA ASING

Setiap permohonan yang dibuat melalui sistem ePPAx dan akan disiasat oleh JTK bagi memastikan perkara-perkara berikut:- i. kesahihah kewujudan majikan; ii. pengesahan maklumat permohonan; iii. usaha mendapatkan pekerja tempatan; iv. pematuhan undang-undang perburuhan; v. pematuhan dalam menyediakan kemudahan perumahan pekerja; dan vi. kelayakan untuk menggajikan pekerja asing JTKSM akan mengeluarkan Perakuan JTKSM selepas berpuas hati majikan layak menggajikan pekerja asing. Selepas perakuan ini dikeluarkan, majikan hendaklah menandatangani Aku Janji Majikan untuk mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Seterusnya majikan akan menghadiri temuduga bersama Agensi Kawal Selia (AKS) di Pusat Kelulusan Setempat (OSC), KDN. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh panel di OSC, KDN.

No comments:

Post a Comment