Sunday, 9 February 2020

Permit pekerja asing: Hanya permohonan onlinehttp://wa.me/+601114369757

Jabatan Imigresen hanya memproses permohonan secara atas talian bagi permit pekerja asing sebagai langkah berani menghapuskan peranan ejen dan orang tengah, berkuat kuasa pada 1 April lalu. Dalam laporan The Star, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata proses itu akan menangani masalah ejen mengenakan caj berlebihan kepada majikan atau menipu pekerja asing. Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, Zahid berkata ramai pekerja asing ditipu ejen menyebabkan mereka terkandas di negara ini selepas membayar sejumlah wang untuk memasuki negara ini. “Salah mengambil kesempatan terhadap mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk mencari nafkah di negara asing. 

“Dengan adanya polisi ini, kita berharap tidak ada lagi kes seumpama itu,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
The Star melaporkan, Zahid berkata peraturan baru itu akan memendekkan tempoh kelulusan dan memudahkan data direkodkan.
Sistem pendaftaran atas talian yang menggantikan permohonan secara dokumen itu disediakan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing dalam semua sektor kecuali pembantu rumah, menurut laporan itu.

whttp://wa.me/+601114369757

Saturday, 8 February 2020

Kadar biaya Levi

Bagi yang masih bertanya-tanya mengenai Biaya pembuatan permit , anda Harus tahu dulu kadar Levi yang merupakan biaya resmi dari kerajaan MALAYSIA .. selin dari padaitu adalah cas bayaran untuk pengurusan permit oleh agen yang mengurus permit.

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT

PROSEDUR PERMOHONAN 
 Fasa 1

 (Sebelum Ketibaan) - Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) daripada Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia. - Permohonan VDR boleh dikemukakan secara manual atau secara atas talian melalui aplikasi e-services. -
 Permohonan VDR pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut: Dokumen Kelulusan ISC Borang Permohonan VDR Surat asal Kelulusan Bersyarat Kementerian Dalam Negeri (kelulusan kuota) Resit asal bayaran levi Borang IM.12 dan IM.38 Jaminan sekuriti dalam bentuk Wang cagaran/ jaminan insuran/ jaminan bank (jaminan insuran mempunyai sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan yang dimatikan setem) Salinan pasport pekerja Gambar terkini pekerja bersaiz pasport Laporan pemeriksaan kesihatan dari negara sumber (mempunyai sah laku 3 bulan dari tarikh dikeluarkan) Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) Slip pengesahan Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan - Pekerja asing hendaklah berada di negara asal sementara menunggu kelulusan VDR daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Catatan: permohonan pekerja asing untuk bekerja di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

 Fasa 2 

(Selepas ketibaan) - pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk ke negara ini melalui pintu-pintu masuk yang diwartakan dengan menggunakan VDR yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal. - Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing diambil dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
 Bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) - PL(KS), majikan diberi tempoh 30 hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA.
 PL(KS) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar. - Pengeluaran PL(KS) hendaklah dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR pekerja asing tersebut. -
LANJUTAN PLKS
Tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing adalah selama 12 bulan. Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) boleh dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat sah laku PL(KS). - Majikan perlu memastikan supaya permohonan lanjutan dikemukakan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku PL(KS). Permohonan lanjutan PL(KS) selepas tempoh sah laku adalah tertakluk kepada pertimbangan kes Tinggal Lebih Masa. Kes Tinggal Lebih Masa yang tidak dapat dipertimbangkan akan dirujuk kepada Bahagian Penguatkuasa bagi tujuan penguatkuasaan.
Permohonan lanjutan tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut: Pasport asal pekerja yang mempunyai sah laku melebihi 12 bulan Surat permohonan lanjutan PL(KS) daripada majikan/ wakil syarikat Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat (SSM syarikat/ Borang 49/ Borang B&D/ Kad Wakil Syarikat/ Borang Wakil Syarikat yang telah diendoskan/ salinan kad pengenalan majikan) Jaminan sekuriti dalam bentuk Jaminan bank/ jaminan insuran/ wang cagaran (tempoh sah laku jaminan bank/ jaminan insuran adalah sekurang-kurangnya 18 bulan) Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan Slip pengesahan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA (lanjutan tahun ke-2 dan ke-3 sahaja) L

TEMPOH PENGGAJIAN DAN PENGHANTARAN PULANG
 Tempoh penggajian pekerja asing yang dibenarkan untuk proses lanjutan PL(KS) adalah sehingga 10 tahun sahaja. Walau bagaimanapun, tempoh penggajian pekerja asing yang berdaftar di bawah program 6P adalah terhad kepada 3 tahun sahaja. - Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing yang tamat tempoh perkhidmatan dihantar pulang ke negara asal dengan memohon Memo Periksa Keluar. Wang cagaran/ jaminan bank hanya boleh dituntut sekiranya pekerja disahkan keluar secara teratur dengan Memo Periksa Keluar.

 BAYARAN LANJUTAN PL(KS) -
 Bayaran yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Imigresen bagi setiap permohonan lanjutan PL(KS) adalah berdasarkan kepada Jadual 1 dan Jadual 2 seperti berikut:
SEKTOR KADAR LEVI (Semenanjung Malaysia) KADAR LEVI (Sabah/ Sarawak) PL(KS) PROSES VISA Perkilangan RM1,850.00 RM1,010.00 RM60.00 RM125.00 Berdasarkan warganegara Pembinaan RM1,850.00 RM1,010.00 RM60.00 RM125.00 Perladangan RM640.00 RM590.00 RM60.00 RM125.00 Pertanian RM640.00 RM410.00 RM60.00 RM125.00 Perkhidmatan RM1,850.00 RM1,490.00 RM60.00 RM125.00 Perkhidmatan (Pulau Peranginan) RM1,850.00 RM1,010.00 RM60.00 RM125.00

Jadual 1 : Kadar Levi, PL(KS) dan proses mengikut sektor pekerja asing WARGANEGARA VISA (RM) BON JAMINAN (RM) Indonesia 15.00 250.00 Bangladesh 20.00 500.00 Pakistan 20.00 750.00 Myanmar 19.50 750.00 India 50.00 750.00 Filipina 36.00 1,000.00 Thailand Gratis 250.00 Kemboja 20.00 250.00 Nepal 20.00 750.00 Vietnam 13.00 1,500.00 Sri Lanka 15.00 750.00

 Jadual 2 : Kadar Visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara - Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai dan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” dan bagi negeri-negeri atas nama “Pengarah Imigresen Negeri” berkenaan. (Contoh : Pengarah Imigresen Negeri Selangor) -
 Pekerja asing yang memegang PL(KS) adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
  •  Pekerja tidak layak membawa masuk keluarga untuk tinggal di negara ini; Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai barisan hadapan (frontliner) Pekerja tidak dibenarkan bertukar majikan atau bertukar sektor pekerjaan; 
  • Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan warganagera Malaysia atau warganegara asing sepanjang memegang PL(KS); 
PEKERJA ASING MELARIKAN DIRI
 
Pekerja asing dikategorikan lari daripada majikan dalam keadaan berikut:  Pekerja meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri; dan Pekerja tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal - Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan pekerja lari dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut: Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat Salinan pasport pekerja Borang laporan pekerja asing lari Report polis - Pekerja asing yang dilaporkan lari akan disenarai hitamkan - Jabatan Imigresen akan menyita wang cagaran/ jaminan bank/ jaminan insuran berdasarkan kadar mengikut warganegara pekerja asing. - KAD AKUAN DIRI PEKERJA ASING BERWARNA MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN (i-KAD) - Pekerja asing yang dikeluarkan PL(KS) turut dibekalkan dengan i-Kad. Tempoh sah laku i-Kad adalah berdasarkan tempoh sah laku PL(KS). - Pengeluaran i-Kad pada setiap kali pengeluaran PL(KS) tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada majikan. i-Kad yang telah dicetak akan dihantar terus ke alamat majikan/ syarikat melalui kontraktor yang dilantik. - Pengeluaran i-Kad mengikut 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan di Negara ini dan warna adalah seperti berikut: SEKTOR WARNA Pertanian Hijau Perladangan Jingga Pembinaan Kelabu Perkilangan Merah hati Perkhidmatan Kuning Pembantu Rumah Asing Coklat

Friday, 7 February 2020

TATA CARA PERMOHONAN PEKERJA ASING

Setiap permohonan yang dibuat melalui sistem ePPAx dan akan disiasat oleh JTK bagi memastikan perkara-perkara berikut:- i. kesahihah kewujudan majikan; ii. pengesahan maklumat permohonan; iii. usaha mendapatkan pekerja tempatan; iv. pematuhan undang-undang perburuhan; v. pematuhan dalam menyediakan kemudahan perumahan pekerja; dan vi. kelayakan untuk menggajikan pekerja asing JTKSM akan mengeluarkan Perakuan JTKSM selepas berpuas hati majikan layak menggajikan pekerja asing. Selepas perakuan ini dikeluarkan, majikan hendaklah menandatangani Aku Janji Majikan untuk mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Seterusnya majikan akan menghadiri temuduga bersama Agensi Kawal Selia (AKS) di Pusat Kelulusan Setempat (OSC), KDN. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh panel di OSC, KDN.

carta aliran pertukaran majikan

Dasar kerajaan membenarkan pekerja asing ditukarkan kepada majikan lain sekiranya majikan asal menghadapi masalah untuk terus menggajikan mereka dengan syarat majikan yang baru hendaklah majikan dalam sektor yang sama. Antara sebab permohonan pertukaran majikan di buat adalah : • Penggabungan syarikat • Penutupan operasi • Pertukaran struktur/pemilik syarikat • Pertukaran nama/status syarikat

borang permohonan oleh majikan

borang permohonan VISA

proses permohonan pembantu indonesia

permite pekerjaa asing

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI PEMBAHARUAN PERMIT PEKERJA ASING DAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA PEKERJA ASING SECARA DALAM TALIAN 1.   Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum pandangan pelbagaipihak terhadap keputusan kerajaan untuk melaksanakan proses pembaharuan  permit pekerja asing secara dalam talian sepenuhnya di Semenanjung bermula 5 Januari 2015 yang lalu. 2.   Keputusan tersebut telah dibuat berdasarkan pelbagai faktor dan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 24 Disember 2012. 3.   Langkah berkenaan bertujuan menangani ruang penyelewengan oleh mana-mana pihak, memendekkan tempoh memproses permohonan iaitu hanya satu atau dua hari bekerja berbanding dua hingga empat minggu mengikut kaedah manual menerusi urusan kaunter dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui teknologi internet.  4.   KDN juga telah mengambil maklum tentang keluhan sebahagian majikan selama ini yang dikatakan terpaksa bergantung kepada ejen (runner) untuk membuat permohonan. Dengan pelaksanaan secara dalam talian sepenuhnya, kerajaan mendapati situasi ini tidak akan wujud lagi dan para ejen tidak mempunyai ruang untuk mengambil kesempatan. 5.   Perlaksanaan secara dalam talian juga dapat mengurangkan kesesakan yang selama ini berlaku di kaunter-kaunter JIM dan tenaga kerja Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) boleh disalurkan kepada tugas-tugas yang lebih mendesak dan memerlukan. 6.   Langkah melaksanakan sistem secara perkhidmatan secara dalam talian untuk pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pembantu rumah asing telah diperkenalkan dengan pemeteraian perjanjian antara Kerajaan dan MY E.G. Services Berhad. Pengumuman mengenainya telah dibuat lebih dua tahun lalu dan KDN menerima maklum balas daripada pihak industri dan lain-lain dari semasa ke semasa bagi memastikan langkah berkenaan mampu meningkatkan perkhidmatan dan integriti semua pihak yang berkaitan. Berikutan itu pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh Kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan dalam talian bagi sektor-sektor lain. 7.   Kronologi pelaksanaan pembaharuan PLKS secara dalam talian sistem MyEG adalah seperti berikut : i.     Setelah sistem berkenaan diuji dan digunapakai oleh para majikan, kerajaan pada 2 Julai 2014 telah memperluaskan perkhidmatan pembaharuan PLKS kepada semua kategori pekerja asing sebagai salah satu saluran perkhidmatan alternatif kepada rakyat. ii.    Seterusnya setelah berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, KDN pada 17 November 2014 telah memutuskan agar MY E.G Services Berhad melaksanakan secara Proof of Concept (POC) perkhidmatan pembaharuan PLKS secara dalam talian sepenuhnya untuk semua sektor pekerja asing. iii.   Selanjutnya, langkah berkenaan disokong dengan arahan Ketua Pengarah Imigresen kepada semua Pejabat Imigresen Negeri (Semenanjung) untuk memberi kerjasama kepada pihak syarikat melaksanakan penyeragaman pembaharuan PLKS menerusi perkhidmatan dalam talian secara berperingkat iv.  Ia bermula dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan pada 1 Disember 2014 dan seterusnya diikuti oleh  sektor pertanian, perladangan dan pembinaan mulai 17 Disember 2014; dan akhirnya digunapakai terhadap pembaharuan PLKS secara atas talian untuk kesemua sektor pekerjaan termasuk pembantu rumah asing pada 1 Januari 2015. 8.      Mengenai kadar caj perkhidmatan dalam talian sistem MyEG yang dikenakan kepada pemohon sebanyak RM38; kerajaan mendapati jumlah tersebut adalah wajar untuk menampung kos pengoperasian sistem dan urusan perkhidmatan iaitu merangkumi skop perkhidmatan online, pendaftaran ID dan kata laluan majikan; dan bayaran penghantaran PLKS door-to-door di mana majikan tidak perlu beratur dan menunggu di kaunter; serta bayaran sita sekiranya pekerja asing bermasalah.

Pekerja di Malaysia Pemegang Permit Outsourcing Diharuskan Pulang atau Tukar Majikan

Pemerintah Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan bahwa perkhidmatan syarikat outsourcing akan ditamatkan, terhitung mulai 31 Maret 2019. Majikan outsourcing diberikan tempo hingga 31 Maret 2019 untuk mengurus pekerjanya ke arah penamatan perkhidmatan outsourcing dan menyusun kembali struktur perusahaan. Sehubungan dengan hal tersebut, pihak syarikat diharuskan telah memulangkan pekerjanya yang masih mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau permit kerja outsourcing (seperti contoh gambar, Red) paling lambat tanggal 15 Maret kemarin. Dalam surat KDN tertangal 21 Februari 2019 juga disebutkan, bagi pekerja yang tidak melakukan proses tukar majikan, permit kerja outsourcing yang ada (meskipun masih aktif, Red) akan ditamatkan melalui sistem sehingga akan berstatus tak berdokumen (PATI) apabila mereka tetap tinggal di Malaysia. pengumuman KDN Ket. foto: pengumuman KDN Sumber foto: KDN KDN menyarankan agar majikan outsourcing memulangkan pekerjanya yang mempunyai permit outsourcing agar majikan dan pekerja terhindar dari tindakan hukum sesuai dengan undang-undang yang ada.

Senarai Semak Permohonan Pekerja Asing

Dokumen Wajib
1. Borang yang telah lengkap diisi
2. Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan - Form 9, 24 & 49 atau Form B & D
(Terkini dan disahkan dalam tahun semasa/dicetak SSM beserta Resit Bayaran pengesahan berkenaan) atau
Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah (Terkini dan disahkan oleh SKM)
3. Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah (Form 49 / Form D)
4. Syarat-Syarat Bagi Wakil Syarikat:
- Terdiri dari peringkat pengurusan syarikat
- Nama tersenarai di dalam Penyata Caruman KWSP terkini
- Kad Pengenalan pemohon
- Surat Perwakilan dari majikan (Ditandatangani oleh Pihak Pengurusan Syarikat)
5. Penyata Caruman KWSP bagi 3 bulan terkini (Borang ‘A’ Tidak Dibenarkan)
6. Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun semasa atau setahun sebelumnya
(Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise –Akaun Pengurusan (Kunci Kira-Kira dan Penyata Untung Rugi) yang disahkan benar oleh Juruaudit)
7. Penyata Bank bagi syarikat untuk 3 bulan terkini (Berturutan)
(Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise –Akaun Simpanan/Semasa Pemilik)
8. *Sijil Perakuan Pengesahan Majikan dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
9. Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)(Foreign Workers Compensation Scheme Insurance (FWCS) ) bagi pekerja asing sedia ada (Jika Berkenaan)
10. Memo Periksa Keluar bagi pekerja yang telah pulang atau/dan Laporan Pekerja Lari daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Jika Berkenaan)
* Permohonan pengambilan pekerja asing hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) di pautan https://www.eppax.gov.my bagi permohonan pekerja asing dari negara-negara sumber.
Dokumen Tambahan Sektor Perkilangan
1. Lesen MITI (bagi syarikat yang memiliki modal berbayar melebihi RM2.5 juta atau pekerja melebihi 75 orang)
2. Lesen PBT dan Lesen / Kebenaran Agensi yang berkaitan
3. Risalah / Gambar Pandangan Hadapan & Dalam Berkaitan Premis, Mesin dan Produk
4. Carta Aliran Proses Penghasilan Produk dan Jumlah Pekerja Diperlukan Di Setiap Tempat Proses (untuk mengesahkan terdapat aktiviti pembuatan di kilang)
5. Borang K2 (CDF) dan ringkasan penyata jualan eksport (direct export) sebagai bukti Eksport (Jika Berkenaan)

Dokumen Tambahan Sektor Pembinaan
1. Syarat tambahan bagi wakil syarikat yang hadir untuk temuduga:
    - Pegawai Pengurusan Utama (PPU)
    - Borang Pengesahan PPU
2. Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB
3. Letter Of Award / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa
4. Resit Pembayaran Levi CIDB Mengikt Projek Pembinaan / Borang CIDB L2/96 (Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi) / (Borang Pemberitahuan Projek)
5. Borang Pengesahan Pengagihan Pekerja Asing

Dokumen Tambahan Sektor Pertanian
1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)
2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri
3. Perjanjian Sewa Pajak yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian / Sijil Carian Rasmi
4. Pendaftaran / Lesen yang berkaitan Sistem Kultur Laut / Ternakan Ayam / Itik / Burung (Unggas) / Ternak Khinzir daripada Negeri / Daerah
5. Surat sokongan dan / atau Laporan Penilaian daripada Jabatan Pertanian / Perkhidmatan Veterinar / Perikanan daripada Negeri / Daerah bagi pengusaha yang menjalankan aktiviti tanaman / ternakan / akuakultur di tanah milik Kerajaan / Persendirian
6. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)

Dokumen Tambahan Sektor Perladangan
1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)
2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri
3. Perjanjian Sewa Pajak / Kontrak Kerja yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan (Tidak melebihi 1 tahun) oleh Pejabat Tanah dan Galian
4. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)
5. Sijil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) / Lembaga Getah Malaysia (LGM) (bagi Kontraktor - sijil yang disahkan oleh Pemilik Ladang)
6. Surat Pengesahan sebagai Kontraktor oleh Pemilik Ladang (Jika Berkenaan)

Dokumen Tambahan Sektor Perkhidmatan
1. Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan - Akta Rumah Kebajikan (Surat kebenaran beroperasi Jabatan Kebajikan Masyarakat)
2. Lesen Kebenaran Polis (bagi Perniagaan Logam / Barang Lusuh & Kitar Semula)
3. Letter Of Award / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa & dimatikan setem asal mengikut nilai kontrak (bagi Pembersihan & Pencucian)
4. Memorandum and Articles (M&A) syarikat (bagi Pembersihan & Pencucian)
5. Perjanjian Sewa Pajak melebihi 3 tahun yang disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah / Bangunan yang disewa
6. Gambar hadapan premis (termasuk papan tanda nama syarikat) & gambar dalam premis

Portal khas bantu orang ramai elak kena tipu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail, berkata portal khas itu bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.
"Portal ini adalah inisiatif JSJK dan diilhamkan sendiri oleh Pengarah JSJK Datuk Acryl Sani bagi membantu orang ramai agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa penipuan terutamanya apabila membabitkan transaksi wang menggunakan akaun bank.
"Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.
"Mereka hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Ahmad Noordin, walaupun portal berkenaan masih di peringkat percubaan, namun ia sudah mempunyai 47,000 pelawat dengan 25,000 carian akaun bank dibuat oleh pelayar internet.
"Portal itu baru dilancarkan beberapa hari lalu dan masih dalam tempoh percubaan untuk kita melihat sebarang kekurangan.
"Ia akan ditambah baik dari masa ke semasa sebelum dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah JSJK Bukit Aman sendiri dalam tempoh terdekat," katanya lagi.

.PROSIDUR PERMOHONAN PERMIT MASUK

1.PROSIDUR PERMOHONAN PERMIT MASUK
  • Permit Masuk merupakan suatu dokumen yang membenarkan seseorang warganegara asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan tinggal di Malaysia. Permohonan Permit Masuk adalah terbuka kepada individu yang bukan bertaraf warganegara Malaysia (warganegara asing) yang ingin berada dan menetap di Negara ini
  • Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat tempat tinggal pemohon kecuali bagi Kategori A1: Pakar (Individu berbakat dan berkemahiran tinggi) yang perlu dikemukakan di Ibu Pejabat Imigresen.
  • Pemohon dan penaja hendaklah hadir bersama-sama semasa permohonan dikemukakan.
2.KATEGORI PERMOHONAN PERMIT MASUK
  • Golongan yang layak untuk dipertimbangkan Permit Masuk:-
  1. Kategori Suami / Isteri / Anak umur bawah 18 tahun kepada warganegara
  1. Kategori Pelabur (High Net Worth Individual)
  1. Kategori A1: Pakar dan Kategori A2: Profesional
  1. Kategori Sistem Mata
A.Kategori Suami / Isteri / Anak (umur bawah 18 tahun) kepada warganegara
  • Suami dan isteri warganegara asing kepada warganegara yang telah berkahwin dan telah mendaftar perkahwinan di Malaysia yang mempunyai Pas Lawatan (Sosial) boleh mengemukakan permohonan Permit Masuk pada tahun keenam.                  
  • Permohonan Permit Masuk hendaklah ditaja oleh pasangan warganegara dan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri atau Pejabat Imigresen Cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon atau penaja.
  • Anak kepada warganegara yang berumur di bawah (18) tahun adalah layak untuk memohon Permit Masuk dan hendaklah ditaja oleh ibu / bapa yang bertaraf warganegara.
  • Tuntutan sebagai warganegara perlu disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan Permit Masuk bagi permohonan anak tersebut.
Wang Cagaran Bagi Isteri / Suami Kepada Warganegara
Wang cagaran hendaklah dibayar oleh pasangan kepada warganegara yang telah diluluskan Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang berdasarkan jumlah yang telah ditetapkan dan boleh dituntut semula selepas 2 tahun dari tarikh dokumen Permit Masuk ( Im. 5 ) dikeluarkan.
B.Kategori Pelabur (High Net Worth Individual)
  • Pelabur yang mempunyai pelaburan melebihi dua (2) juta USD dan menyimpan dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit) dalam bank-bank tempatan dan tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh lima (5) tahun. 
  • Surat Perakuan Sumpah perlu dikemukakan iaitu untuk tidak mengeluarkan simpanan tersebut dalam tempoh lima (5) tahun.
  • Pasangan dan anak-anak berumur di bawah 18 tahun kepada pelabur yang telah dikeluarkan Permit Masuk boleh dipertimbangkan kemudahan pas lawatan jangka panjang yang bersesuaian untuk tinggal bersama-sama pelabur berkenaan. Mereka boleh memohon Permit Masuk selepas lima (5) tahun menetap di Malaysia dengan pas lawatan jangka panjang tersebut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui seorang penaja tempatan berstatus warganegara Malaysia di Pejabat Imigresen Negeri berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon.

C.Kategori A1: Pakar dan Kategori A2: Profesional
  • Individu yang mempunyai kepakaran atau kelulusan professional yang membolehkan ia memberi perkhidmatan kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara yang sedia ada.  
  • Kategori ini terbahagi kepada dua (2) iaitu:-
i.Kategori A1: Pakar
  • Merupakan individu yang berbakat dan berkemahiran tinggi
  • Memiliki kepakaran dalam bidang kritikal dan mencapai taraf ‘World Class’ dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa.
  • Kepakaran ditentukan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.
  • Memiliki Surat Perakuan Kelakuan Baik (Letter of Good Conduct) dari negara asal sebagai jaminan pemohon tiada rekod jenayah di negara asal.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya melalui seorang penaja tempatan serta menamakan dua (2) orang warganegara Malaysia sebagai rujukan terhadap permohonan.

ii.Kategori A2: Profesional
  • Memiliki kemahiran dalam bidang kritikal yang telah diperakui oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.
  • Memiliki Surat Perakuan Kelakuan Baik (Letter of Good Conduct) dari negara asal.
  • Telah bekerja di agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi (3) tahun dan jawatan yang disandang hendaklah disahkan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui seorang penaja tempatan di Pejabat Imigresen Negeri serta menamakan dua (2) orang warganegara Malaysia sebagai rujukan terhadap permohonan

D.Kategori Sistem Mata
  • Terbuka kepada warganegara asing yang tidak termasuk dalam tiga (3) kategori di atas (A, B & C) serta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan peserta program Malaysia MySecond Home (MMSH)
  • Kategori Sistem Mata ini dipertimbangkan kepada individu yang benar-benar layak dan memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
  • Pertimbangan Permit Masuk Kategori Sistem Mata ini dibuat berdasarkan tujuh (7) kriteria utama :-
  1. Umur
  1. Kelayakan akademik
  1. Kemahiran Bahasa Malaysia
  1. Tempoh menetap di Malaysia
  1. Ikatan kekeluargaan dengan warganegara Malaysia
  1. Nilai pelaburan
  1. Pengalaman kerja
  • Pemohon perlu mendapat sekurang-kurangnya 65 mata daripada jumlah keseluruhan 120 bagi membolehkan permohonan Permit Masuk dipertimbangkan.
3.SYARAT-SYARAT KEPADA PEMEGANG PERMIT MASUK
  • Permit Masuk merupakan anugerah tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada warganegara asing.
  • Permit Masuk boleh ditarik semula sekiranya telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu:
  1. Berkelakuan baik sepanjang masa dan mematuhi undang-undang negara ini.
  1. Dilarang menganggotai, menyertai dan melibatkan diri dengan apa cara sekalipun dalam pertubuhan politik.
  1. Tidak boleh samada secara bersendirian atau sebaliknya menyertai atau melibatkan diri dengan apa cara sekalipun dalam pertubuhan yang mengkritik atau menentang Kerajaan atau menjatuhkannya secara kekerasan.
  1. Tidak boleh secara bersendirian atau sebaliknya menyertai pertubuhan yang bergiat dalam aktiviti yang menimbulkan kesan negatif kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam dan kemoralan.

4.KEMUDAHAN KEPADA PEMEGANG PERMIT MASUK
  • Dibenarkan untuk bermastautin di Malaysia tanpa had tempoh tetapi masih perlu memastikan pasport negara asal masih lagi sah laku.
  • Dibenarkan untuk bekerja, belajar dan menjalankan perniagaan tanpa perlu menukar kepada pas-pas yang lain.
  • Dibenarkan untuk memiliki hartanah.
  • Tidak layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya.
  • Boleh memohon taraf kewarganegaraan iaitu:
  1. Isteri asing kepada warganegara di bawah Perkara 15 (1) Perlembagaan Persekutuan selepas bermastautin di Malaysia sekurang- kurangnya 2 tahun secara terus menerus;
  1. Anak-anak warganegara asing kepada warganegara Malaysia di bawah Perkara 15 (2) atau 15 (3) Perlembagaan Persekutuan; dan
  1. Selain dari isteri / anak-anak kepada warganegara di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas bermastautin sekurang-kurangnya 10 hingga 12 tahun di Negara ini.

5.PENGELUARAN PERMIT MASUK
  • Bagi permohonan dari Semenanjung Malaysia, dokumen Permit Masuk akan dikeluarkan di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya manakala bagi Sabah dan Sarawak, dokumen akan dikeluarkan di Pejabat Imigresen Negeri berkenaan.
  • Pemohon dan penaja perlu hadir bersama-sama di kaunter Imigresen semasa proses penyerahan dokumen Permit Masuk dilakukan.
  • Kadar bayaran yang ditetapkan bagi setiap pengeluaran Permit Masuk ialah RM120.00.
6.RAYUAN PERMOHONAN PERMIT MASUK
  • Pertimbangan dan keputusan permohonan Permit Masuk dibuat oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia selaras dengan akta dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Bagi permohonan yang telah ditolak, rayuan boleh dikemukakan kepada YAB Menteri Dalam Negeri (MDN) melalui Ketua Setiausaha di alamat: