Dokumen Wajib
1. Borang yang telah lengkap diisi
2. Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan - Form 9, 24 & 49 atau Form B & D
(Terkini dan disahkan dalam tahun semasa/dicetak SSM beserta Resit Bayaran pengesahan berkenaan) atau
Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah (Terkini dan disahkan oleh SKM)
3. Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah (Form 49 / Form D)
4. Syarat-Syarat Bagi Wakil Syarikat:
- Terdiri dari peringkat pengurusan syarikat
- Nama tersenarai di dalam Penyata Caruman KWSP terkini
- Kad Pengenalan pemohon
- Surat Perwakilan dari majikan (Ditandatangani oleh Pihak Pengurusan Syarikat)
5. Penyata Caruman KWSP bagi 3 bulan terkini (Borang ‘A’ Tidak Dibenarkan)
6. Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun semasa atau setahun sebelumnya
(Syarikat
Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise –Akaun Pengurusan (Kunci
Kira-Kira dan Penyata Untung Rugi) yang disahkan benar oleh Juruaudit)
7. Penyata Bank bagi syarikat untuk 3 bulan terkini (Berturutan)
(Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise –Akaun Simpanan/Semasa Pemilik)
8. *Sijil Perakuan Pengesahan Majikan dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
9. Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)(Foreign Workers
Compensation Scheme Insurance (FWCS) ) bagi pekerja asing sedia ada
(Jika Berkenaan)
10. Memo Periksa Keluar bagi pekerja yang telah pulang atau/dan
Laporan Pekerja Lari daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Jika
Berkenaan)
* Permohonan pengambilan pekerja asing hendaklah
dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing
Bersepadu (ePPAx) di pautan
https://www.eppax.gov.my bagi permohonan pekerja asing dari negara-negara sumber.
Dokumen Tambahan Sektor Perkilangan
1. Lesen MITI (bagi syarikat yang memiliki modal berbayar melebihi RM2.5 juta atau pekerja melebihi 75 orang)
2. Lesen PBT dan Lesen / Kebenaran Agensi yang berkaitan
3. Risalah / Gambar Pandangan Hadapan & Dalam Berkaitan Premis, Mesin dan Produk
4. Carta Aliran Proses Penghasilan Produk dan Jumlah Pekerja
Diperlukan Di Setiap Tempat Proses (untuk mengesahkan terdapat aktiviti
pembuatan di kilang)
5. Borang K2 (CDF) dan ringkasan penyata jualan eksport (direct export) sebagai bukti Eksport (Jika Berkenaan)
Dokumen Tambahan Sektor Pembinaan
1. Syarat tambahan bagi wakil syarikat yang hadir untuk temuduga:
- Pegawai Pengurusan Utama (PPU)
- Borang Pengesahan PPU
2. Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB
3. Letter Of Award / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa
4. Resit Pembayaran Levi CIDB Mengikt Projek Pembinaan / Borang CIDB
L2/96 (Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi) / (Borang Pemberitahuan
Projek)
5. Borang Pengesahan Pengagihan Pekerja Asing
Dokumen Tambahan Sektor Pertanian
1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)
2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri
3. Perjanjian Sewa Pajak yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan
dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah dan
Galian / Sijil Carian Rasmi
4. Pendaftaran / Lesen yang berkaitan Sistem Kultur Laut / Ternakan
Ayam / Itik / Burung (Unggas) / Ternak Khinzir daripada Negeri / Daerah
5. Surat sokongan dan / atau Laporan Penilaian daripada Jabatan
Pertanian / Perkhidmatan Veterinar / Perikanan daripada Negeri / Daerah
bagi pengusaha yang menjalankan aktiviti tanaman / ternakan / akuakultur
di tanah milik Kerajaan / Persendirian
6. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)
Dokumen Tambahan Sektor Perladangan
1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)
2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri
3. Perjanjian Sewa Pajak / Kontrak Kerja yang melebihi 3 tahun yang
telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan (Tidak
melebihi 1 tahun) oleh Pejabat Tanah dan Galian
4. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)
5. Sijil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) / Lembaga Getah
Malaysia (LGM) (bagi Kontraktor - sijil yang disahkan oleh Pemilik
Ladang)
6. Surat Pengesahan sebagai Kontraktor oleh Pemilik Ladang (Jika Berkenaan)
Dokumen Tambahan Sektor Perkhidmatan
1. Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan -
Akta Rumah Kebajikan (Surat kebenaran beroperasi Jabatan Kebajikan
Masyarakat)
2. Lesen Kebenaran Polis (bagi Perniagaan Logam / Barang Lusuh & Kitar Semula)
3. Letter Of Award / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa &
dimatikan setem asal mengikut nilai kontrak (bagi Pembersihan &
Pencucian)
4. Memorandum and Articles (M&A) syarikat (bagi Pembersihan & Pencucian)
5. Perjanjian Sewa Pajak melebihi 3 tahun yang disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah / Bangunan yang disewa
6. Gambar hadapan premis (termasuk papan tanda nama syarikat) & gambar dalam premis